Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Kasut Lukis Ariel The Little Mermaid

Sepasang lagi kasut yang saya lukis khusus untuk ulangtahun kelahiran anak kedua yang ke-10 dengan imej pilihan hatinya, Ariel The Little Mermaid. Apalagi yang kanak-kanak perempuan suka kalau bukan Disney's Princesses... :)

Kasut Lukis

Kasut yang dilukis khusus untuk anak sulung saya sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-12. Dia memang peminat setia warna pink... :)

Haa...Sulaman Reben Lagi...

Bila dah agak pandai, saya cuba corak2 bunga yang lain pula Dan...inilah hasilnya pada sarung kusyen :)

Sulaman Reben

Menemani anak ke kedai buku, saya tertarik pada buku Sulaman Reben karya Suzanna Mustafa. Pada cuti penggal persekolahan, saya cuba untuk menyulam sendiri berpandukan buku tersebut. Inilah hasil sulaman reben saya yang pertama...sarung kusyen. Ok tak? :)

Doily

Saya belajar mengait daripada emak semasa di sekolah rendah lagi. Saya lebih selesa memegang jarum kait seperti memegang pisau berbanding seperti memegang pensel. Ketika itu, saya pernah menerima tempahan alas tv daripada seorang cikgu berbangsa cina. Oh ya, ini antara corak doily yang saya fotostat daripada colleague, Encik Salleh ketika berkhidmat di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Kait dari lebihan benang yang ada...boleh juga buat alas pasu bunga :) another pattern abaikan pasunya...dah tinggal sejarah :D