Anak-anak saya sedang menjalani tempoh kuarantin selama seminggu kerana dijangkiti wabak ini. Semua ini demi mengelakkan jangkitan kepada kanak-kanak lain di luar sana. Mujurlah penyakit ini tidak seteruk mana tetapi kasihan apabila mereka hilang selera makan akibat ulser mulut. 4 jam di Klinik Kesihatan Kubang Kerian cukup memenatkan anak-anak yang sedang demam ringan, ulser mulut dengan bintilan2 berair di tangan dan kaki. Semuanya kerana prosedur kawalan penyakit berjangkit yang harus dilaporkan dengan spesimen untuk pengesahan. INFO penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak. penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit. kebanyakan kes penyakit ini tidak serius. Namun b...