Anak2 saya perempuan semuanya. Kebiasaannya bab2 rambut ni saya gunting sendiri je macam mak cakap bahasa orang Johor...potong kepang je...lurus depan, lurus belakang...maklum la takde skill, setakat tu je la yang mampu...hi3. Tapi semenjak terjumpa kat fb mat salleh cara2 menggunting rambut yang mudah, cepat & bergaya, jadi teruja pulak nak mencuba. Rasa macam tak percaya pulak...tengok ni... Mek Ya - mangsa eksperimen Mula2 saya cuba kat Aliya. Ikatkan semua rambut ke hadapan. Dia sendiri gelak terkekeh2 dah macam jin pakai toncit...hi3. Lepas tu gunting lurus di bahagian hujung rambut. Taraaa... Jeng jeng jeng...inilah hasilnya. Tak payah nak trim2 dah sebab lurusnya sekata. Haaa...inilah gambar yang jadi inspirasi saya. Memang puashatilah...memang berterima kasih sangat2 kat dia ni ...