Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Green Bag Code : BG 013

2 sisi dengan warna bunga yang berbeza Nak cuba buat? Saya kongsikan diagramnya.

Selamat Hari Bapa

          Buat para bapa, selamat hari bapa...Samada diraikan atau tidak, anda tetap istimewa di hati anak2. Buat arwah ayah...al-Fatihah. Allah saja yang dapat membalas segala jasa ayah mendidik dan membesarkan kami.           Tiada sambutan istimewa di rumah saya. Tunggu ayah balik kerja, anak2 dah sedia dengan hadiah masing2. Of course yang paling excited Aliya dengan Adila. Cara anak2...murah takpe janji ada.           Awalnya, saya bercadang nak buat kek aiskrim. Tapi hari sebelumnya baru buat kek coklat lembap. Macam muak la pulak. Selak2 buku resipi, cuba puding roti la. Haa...jadi la pulak. Excited gile sebab baru dapat oven. By the way, thank you my dear dah jadi ayah yang baik pada anak2, pelindung keluarga...rasa selamat sentiasa :)           Bagi yang nak cuba buat, salin resipi kat bawah ni, confirm menjadi... PUDING ROTI 3 keping roti sandwich - carik2 2 biji tel...

Holiday @ Perak

31 Mei - 2 Jun 2013 - trip kami kali ini ke Perak sempena cuti persekolahan penggal kedua. Lokasi pertama kami ke Zoo Taiping Night Safari. Tiket RM16 bagi dewasa dan RM1o bagi kanak-kanak. Dibuka sehingga jam 1 a.m. Kucing Hutan. Mundar-mandir...tak reti2 nak tidur lagi? Hi3... Buggy untuk meronda zoo kerana bilangan pengunjung tinggal kami & sebuah lagi keluarga. Hampir pukul 12 mlm dah ni... Memang seronok la walaupun kebanyakan binatang sedang berehat. Agaknya binatang pun pelik tengok manusia. Malamnya kami menginap di hotel di Jalan Kuala Kangsar. Di situlah peristiwa saya kehilangan handphone walaupun baru setengah jam check-out. Sibuk sangat membebel kat anak2 jaga barang tapi maknya yang lalai...haihhh. Anyway, tq my dear belikan hp baru...upgrade lagi :) Tengahari baru masuk ke Lost World of Tambun sebab uruskan my hp. Mak oiii...mahalnya tiket. Maklum la group of Sunway. Apa boleh buat...cik abang tutup mata je la. Boleh main semua yang ada ...