Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

Bubur Lambuk Simple

Disebabkan PKP Ramadhan kali ni susah nak jumpa Bubur Lambuk. Google2 terjumpa resepi simple ni. Resepi ni saya kurangkan separuh dari yang asal (sumber : Mingguan Wanita). Banyak nanti membazir pulak. Jom cuba buat sendiri. Semoga berjaya 😁 1 cawan beras Daging (kuantiti ikut suka) 1/2 bungkus kecil rempah sup 1 cawan santan Lada hitam (optional) 1 kiub pati ayam (kalau ada guna pati lembu) Kentang - dadu Lobak merah - dadu 1 biji bawang besar - kisar 4 ulas bawang putih - kisar Halia - kisar Daun sup + bawang goreng - Tumis bahan kisar dan masukkan rempah sup. Dah naik bau campur sahaja daging dan beras masak sampai lembut. Tapi untuk versi ni saya kisar daging rebus. Tak nampak dah la ketul2 daging. - Masukkan lobak merah dan kentang serta santan. Perasakan garam. - Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng. Tadaaa... alhamdulillah boleh la berbangga dengan hasil air tangan sendiri 🙈