Menambahkan pengetahuan di pagi Ahad 25 September 2011, saya cukup tertarik dengan sebuah artikel tulisan Dr. Rushmini Maris Ismail dalam kolum 'Cantik Sihat' (akhbar terbitan Mingguan Malaysia sisipan Kesihatan).
Saya kongsikan di sini apa yang difikirkan perlu kita ketahui sebagai rakyat Malaysia yang tidak pernah kurang makan.
MENGAPA INI TERJADI
Menurut kajian sains, hal ini disebabkan oleh keperluan nutrisi tubuh yang tidak mencukupi. Sekiranya kurang zat besi, seseorang itu inginkan makanan yang kaya dengan zat besi. Sekiranya kurang kalsium, seseorang itu inginkan makanan yang kaya dengan kalsium pula. Dengan kata lain, makanan yang memenuhi keperluan tubuh seseorang itu akan terasa lebih enak ditekaknya.
Namun adakah seseorang yang obes yang amat menyukai makanan manis berkarbohidrat tinggi bermakna tubuhnya tidak cukup karbohidrat? Mengapakah seseorang yang obes mengadu sering pening dan mempunyai paras gula rendah meskipun dia makan banyak karbohidrat.
APAKAH YANG SEBENARNYA TERJADI
Pakar anti penuaan mengkaji fenomena ini dan mengakui ia disebabkan kegagalan fungsi hormon atau kerosakan signal hormon tubuh.
Terdapat dua jenis hormon yang mengawal paras gula dalam darah iaitu hormon insulin dan glukagon. Kedua-dua hormon ini saling berinteraksi antara satu sama lain untuk memastikan paras gula stabil. Hormon insulin akan keluar dengan banyak apabila paras gula tinggi selepas makan. Kegunaan hormon ini bertujuan membolehkan gula digunakan oleh sel-sel dalam badan kita sebagai tenaga.
Insulin bolehlah dianggap sebagai pintu masuk gula ke dalam sel. Tanpa insulin gula hanya kekal di dalam darah dan tidak dapat masuk ke dalam sel. Gula yang ada di dalam darah tiada gunanya. Ia langsung tidak dapat digunakan oleh sel-sel bagi diproses kepada tenaga. Seseorang itu akan mengidap diabetes atau kencing manis apabila hal ini berlaku.
Hormon insulin yang keluar dikenalpasti oleh sel tubuh dan sel-sel ini akan membuka pintunya bagi membolehkan glukosa diambil ke dalam sel. Apabila hormon insulin rosak, sel menjadi tidak sensitif kepadanya. Dengan kata lain, sel-sel kita tidak akan membuka pintunya. Hal ini akan menyebabkan lebih banyak insulin keluar dan akhirnya mencetuskan fenomena gula terlalu rendah di dalam darah. Apabila gula sering naik dan turun secara mendadak, seseorang akan berasa tidak selesa dan sering sakit kepala. Badan pula akan berasa letih dan lesu manakala keinginan untuk makan makanan manis akan memuncak. Inilah penyebab utama kemaruk makan.
BAGAIMANA MENANGANINYA
Fenomena ini harus ditangani segera untuk mengelakkan kerosakan sistem insulin yang boleh membawa kepada kencing manis dan obesiti tegar.
Untuk mengatasi masalah ini disarankan seseorang minum air yang banyak selepas mengambil makanan manis. Air kosong akan melarutkan kepekatan gula dan mendorong kepada kurangnya rembesan inuslin.
Pengambilan protein berkualiti boleh mengurangkan masalah ini. Protein yang berkualiti meningkatkan paras glukagon dalam darah dan membolehkan glukagon menukarkan lemak kepada gula semula yang kemudiannya digunakan sebagai tenaga. Proses ini membolehkan seseorang langsing.
Sekadar berkongsi sejarah keluarga - arwah ayah meninggalkan kami akibat komplikasi diabetes. Saya tak terdaya membantu ayah sepenuh hati kerana jarak dan tanggungjawab yang memisahkan. Suatu keadaan yang amat sukar apabila berdepan dengan ayah yang koma hampir 21 hari di ICU Hospital Sultanah Aminah 4 tahun yang lalu. Tak menjatuhkan hukum pada sesiapa kerana kami sebagai anak-anak berisiko tinggi menghidap diabetes juga dari segi perubatan. Redha jika itu takdirNya kerana mati seseorang itu ada penyebabnya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Apa yang boleh dilakukan, perbaikilah faktor pemakanan kita secara perlahan-lahan. Jangan menzalimi diri...

Comments
Post a Comment