Rupa 'Kek Batik' atau 'Puding Biskut Marie' memang menawan. Cubaan pertama saya di zaman persekolahan dulu memang cukup berbaloi kerana adik2 menyukainya. Sekarang, resipi inilah yang terlintas di kepala untuk 'potluck' anak2 di sekolah jika keadaan mendesak. Bahan2nya mudah didapati dan cara penyediaannya juga mudah. Bagi anak2 yang baru mahu mencuba...silakan :) Kek Batik 500g biskut marie - patah 2 1 tin susu cair 5 biji telur ayam - pukul 3 sdm marjerin 1/2 cawan serbuk koko Van Houten - ayak 1 cawan gula Cara membuatnya : - Api kecil, masak susu cair, gula, serbuk koko sehingga mendidih. - Masukkan marjerin dan telur. - Setelah mendidih, tutup api. - Campurkan biskut dan gaul sebati. - Alas loyang dengan kertas minyak @ plastik supaya mudah dikeluarkan. - Sendukkan adunan dan tekan (padatkan). - Simpan dalam peti sejuk. 26 September 2019 Seiring zaman, sekarang saya lebih gemar menggunakan resepi daripada Azlina Ina....