Terjumpa catatan Yin berupa sebuah doa dan harapan
Ya Allah...kasihan Yin yang merasakan dirinya kekurangan. Kadang-kadang sebagai orang tua kita terlepas pandang perasaan anak-anak. Tengok Yin kat rumah biasa-biasa saja dengan 'kelebihan'nya. Yin sangat suka melukis sejak pandai memegang pensel lagi.
Saya tak pernah menghalang minatnya malah menggalakkannya. Beberapa buah karya Yin pernah tersiar dalam majalah 'Disney Princess' terbitan Chuang Yi Publishing. Antaranya...
Ini antara karya terbaru Yin yang dihantar ke rancangan 'Kids On 2' yang bersiaran setiap pagi Jumaat di TV2.
Dalam pengamatan saya...memang betullah...Yin jangan sedih2 tau, tak ada bezanya Yin dengan orang lain ok... :)

Sambil menggoogle saya terjumpa statistik yang menyatakan hasil dari kajian barat yang telah
dilakukan, orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama
panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia.
Punca seseorang cenderung
untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata. Ada pakar yang
menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik dan keadaan persekitaran.
Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga, ada juga
sesetengah keadaan di mana hanya seorang sahaja yang kidal di dalam keluarga
tersebut. Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah
disebabkan tekanan hormon testosteron yang tinggi ketika bayi di dalam kandungan.
Seorang yang
menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat
jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada
itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St.
Lawrence juga mendapati bahawa tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri
adalah lebih tinggi.
Secara amnya, kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan iaitu lebih menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.
Secara amnya, kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan iaitu lebih menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.
Dalam pengamatan saya...memang betullah...Yin jangan sedih2 tau, tak ada bezanya Yin dengan orang lain ok... :)
Comments
Post a Comment