Bagaimana serangga tahu?
Udara telah pun mengandungi wap air dan menjadikannya lembap. Serangga-serangga kecil pun sudah basah dan berat menyebabkannya tidak boleh terbang tinggi.
Bagaimana ikan tahu?
Hujan akan turun jadi udara dalam air semakin berkurangan. Ikan timbul di permukaan air untuk mendapat udara segar.
Kebanyakan haiwan mempunyai kebolehan semulajadi mengesan apa-apa sahaja perubahan yang berlaku di sekitar mereka. Biasanya mereka mempunyai deria yang sensitif terhadap perubahan cuaca dan akan terus bertindak. Dengan memerhatikan kelakuan haiwan, manusia boleh membuat andaian tentang perubahan alam sekitar yang bakal berlaku.
* Hujan Akan Turun
(Koleksi Cerita Sains Untuk Kanak-kanak)
Terbitan Ladybug Publishing & Distribution
Comments
Post a Comment