5 Mei 2013 - Pilihanraya Umum ke 13
Rakyat Malaysia masih dan telah mengekalkan Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah.
Bagi pihak yang kurang bernasib baik...muhasabah diri dan terimalah kekalahan. Takkan bermakna benih yang disemai pasti akan menjadi kerana Yang Maha Kuasa lebih mengetahui.
Saya tetap optimis, inilah yang terbaik. Memang tidak salah mencuba kerajaan baru kerana setiap kerajaan pasti akan buat yang terbaik untuk memenangi hati rakyat agar dipilih semula 5 tahun akan datang. Oleh itu, terjemahkanlah kekuatan melalui hasil kerja yang dapat dinilai kerana rakyat marhaen masih celik.
Tetapi bagaimana jika yang terjadi adalah sebaliknya bahkan sehingga kita tidak mampu berkutik langsung kerana telah diperundangkan. Mampukah kita memperbaiki keadaan seperti sediakala demi anak cucu? Sekadar pemerhatian peribadi saya yang bermukim di Kota Bharu hampir 7 tahun atas tuntutan kerja suami sehingga ke hari ini. Semoga Menteri Besar Kelantan yang baru dapat mencari titik keseimbangan di antara kesibukan berpolitik dengan pembangunan. 7 akujanji BN sangat relevan dengan keperluan setempat dan dapat dijadikan sebagai garis panduan demi kemajuan negeri. Wallahua'lam.
Pam elektrik Masalah tekanan air yang rendah. |
Comments
Post a Comment