Dah semakin dekat nak raya ni teringin pulak nak post pasal kuih raya. Saya kongsikan satu resipi kuih raya yang paling simple & paling laku di meja hidangan...Serimadu Cornflakes atau lebih dikenali dengan nama Cornflakes Madu. SERIMADU CORNFLAKES Bahan-bahan : 90 gm mentega 1/4 cawan gula 1 sdb madu 4 cawan cornflakes Kacang / chocolate rice (pilihan) Papercup Cara : Panaskan bahan2 dalam kuali sehingga cair. Tutup api dan campurkan cornflakes. Gaul sebati.Masukkan dalam papercup dan tabur choc rice. Bakar 160oC - 170oC selama 5 minit. Biarkan sejuk, cornflakes akan melekat dengan sempurna. Oh ya, satu lagi tips, gunakan papercup yang licin di bahagian dalamnya supaya cornflakes tak melekat. Selamat mencuba!