Dah semakin dekat nak raya ni teringin pulak nak post pasal kuih raya. Saya kongsikan satu resipi kuih raya yang paling simple & paling laku di meja hidangan...Serimadu Cornflakes atau lebih dikenali dengan nama Cornflakes Madu.
SERIMADU CORNFLAKES
Bahan-bahan :
90 gm mentega
1/4 cawan gula
1 sdb madu
4 cawan cornflakes
Kacang / chocolate rice (pilihan)
Papercup
Cara :
Panaskan bahan2 dalam kuali sehingga cair. Tutup api dan campurkan cornflakes. Gaul sebati.Masukkan dalam papercup dan tabur choc rice. Bakar 160oC - 170oC selama 5 minit. Biarkan sejuk, cornflakes akan melekat dengan sempurna.
Oh ya, satu lagi tips, gunakan papercup yang licin di bahagian dalamnya supaya cornflakes tak melekat.
Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment