Sejenis lagi kuih tradisional yang saya buat raya tahun ni...cukup mudah dan enak dimakan. Rasanya lemak bersusu memberikan kelainan dalam hidangan anda. Cuba jangan tak cuba tau!
Mudah kan? Selamat mencuba dan selamat hari raya daripada saya & keluarga :)
BISKUT SUJI
Bahan-bahannya :
1/2 kg minyak sapi
1/2 kg gula castor
1 kg tepung gandum
Cara-caranya :
Ayak gula castor dan tepung gandum untuk mendapatkan tekstur yang lebih halus. Kemudian campurkan kedua-duanya serta tambahkan minyak sapi. Uli sebati sehingga menjadi doh. Bentukkan bulat2 dan letakkan hiasan seperti ceri merah yang dicincang. Tapi kali ini saya gunakan sprinkle berbentuk bintang.
Bakar pada suhu 150oC selama 15 minit.
Adunan ni boleh dapat hampir 100 biji biskut juga la. Cukup dikongsi untuk rumah mak & mertua.
Mudah kan? Selamat mencuba dan selamat hari raya daripada saya & keluarga :)
Comments
Post a Comment