Skip to main content

Alahai Yin...

     Yin...yin...oleh sebab terlalu berkenankan kasut ni sampai tak makan @ minum langsung di sekolah gara2 nak mencukupkan duit simpanan. Terkejut tengok bibirnya yang pucat pulang dari sekolah pukul 5.45 petang. Sarapan cuma secawan air Milo... *sigh*
     Memang tak semahal mana kasut tu cuma RM9.90 tapi sebagai ibubapa, kami galakkan anak2 menabung bila hendakkan sesuatu. Tak sangka dia begitu nekad. Lain kali jangan buat macam tu lagi tau!!! Yin buat mak rasa nak nangis...Semoga apa jua impian Yin kelak, pasti tercapai.
     Malam itu juga her dad bawa Yin ke Pacific, KB Mall

Dah jadi milik Yin :)
TIP AJAR ANAK BERJIMAT
  • Beri anak usia 4 tahun ke atas dompet dan sejumlah wang. Ajar anak guna duit tersebut untuk membeli barang setiap kali keluar. Anak akan menghargai duit jika barang yang hendak dibeli dirasakan mahal kerana sayang untuk menggunakan duit yang ada. 
  • Didik anak hanya boleh membeli satu barang sahaja setiap kali dia hendak membeli sesuatu.
Petikan dari majalah Pa&Ma terbitan Karangkraf April 2011 m/s 119 

Comments

Popular posts from this blog

Happy Father's Day

Biarpun ada pihak yang mempertikaikan kerelevanan sambutan hari bapa di kalangan umat Islam, bagi saya tak salah kita meraikannya asalkan tidak terpesong aqidah. Sebagai tanda penghargaan buat suami...bapa kepada 5 puteriku, kami merancang surprise party Kek mix fruits + yogurt = fruit salad Aliya dah tak sabar nak beri hadiah    

Baby Booties Code : BB 006

kepingan2 pola in red in white

Pouch PO 004

 two different colours suitable for hari raya with button the diagram