Skip to main content

SAYANGI ANAK ANDA...CEGAH PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

  • Anak-anak saya sedang menjalani tempoh kuarantin selama seminggu kerana dijangkiti wabak ini. Semua ini demi mengelakkan jangkitan kepada kanak-kanak lain di luar sana. Mujurlah penyakit ini tidak seteruk mana tetapi kasihan apabila mereka hilang selera makan akibat ulser mulut. 4 jam di Klinik Kesihatan Kubang Kerian cukup memenatkan anak-anak yang sedang demam ringan, ulser mulut dengan bintilan2 berair di tangan dan kaki. Semuanya kerana prosedur kawalan penyakit berjangkit yang harus dilaporkan dengan spesimen untuk pengesahan.
INFO
  • penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.
  • jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak.
  • penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit.
  • kebanyakan kes penyakit ini tidak serius. Namun begitu, terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung.
  • setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan.

    Tanda dan Gejala Penyakit

    • ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
    • ulser di tekak dan mulut
    • demam
    • sakit kepala
    • hilang selera makan

      Langkah-langkah Pencegahan

      • cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.
      • tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk.
      • jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garfu.
      • mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil.
      • cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.
      • elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas.

        Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut :

        • bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran.
        • jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah.
        • lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu.

        Sumber :
        Risalah 'Cegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut'
        Diterbitkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
        Feb 2012
        Laman web : http://www.infosihat.gov.my

        Comments

        Popular posts from this blog

        Happy Father's Day

        Biarpun ada pihak yang mempertikaikan kerelevanan sambutan hari bapa di kalangan umat Islam, bagi saya tak salah kita meraikannya asalkan tidak terpesong aqidah. Sebagai tanda penghargaan buat suami...bapa kepada 5 puteriku, kami merancang surprise party Kek mix fruits + yogurt = fruit salad Aliya dah tak sabar nak beri hadiah    

        Baby Booties Code : BB 006

        kepingan2 pola in red in white

        Pouch PO 004

         two different colours suitable for hari raya with button the diagram