Skip to main content

Kek Batik : Jom Buat Sendiri



Rupa 'Kek Batik' atau 'Puding Biskut Marie' memang menawan. Cubaan pertama saya di zaman persekolahan dulu memang cukup berbaloi kerana adik2 menyukainya. Sekarang, resipi inilah yang terlintas di kepala untuk 'potluck' anak2 di sekolah jika keadaan mendesak. Bahan2nya mudah didapati dan cara penyediaannya juga mudah. Bagi anak2 yang baru mahu mencuba...silakan :)

Kek Batik

500g biskut marie - patah 2
1 tin susu cair
5 biji telur ayam - pukul
3 sdm marjerin
1/2 cawan serbuk koko Van Houten - ayak
1 cawan gula

Cara membuatnya :
- Api kecil, masak susu cair, gula, serbuk koko sehingga mendidih.
- Masukkan marjerin dan telur.
- Setelah mendidih, tutup api.
- Campurkan biskut dan gaul sebati.
- Alas loyang dengan kertas minyak @ plastik supaya mudah dikeluarkan.
- Sendukkan adunan dan tekan (padatkan).
- Simpan dalam peti sejuk.

26 September 2019

Seiring zaman, sekarang saya lebih gemar menggunakan resepi daripada Azlina Ina. Bagi saya edisi ini lebih bercoklat dan tak muak. Cuba cek mana tau ini pilihan anda juga đŸ„°

KEK BATIK (AZLINA INA)

1 1/2 bungkus biskut Marie
150 g butter - cairkan
1 1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan serbuk koko
3/4 cawan serbuk Milo
3 sudu besar susu tepung (optional)

- Larutkan butter dengan susu pekat dan susu segar. Campurkan serbuk koko, Milo dan susu tepung. Api kecil ya supaya tak hangus. Kacau sampai larut dan masukkan biskut Marie yang dipatah 4.
- Lapik loyang dengan plastik. Tekan adunan perlahan2 sehingga padat. Tuangkan chocolate ganache di atasnya & tabur topping yang disukai.
- Letak di dalam peti sejuk dan biarkan beberapa jam.



Comments

Popular posts from this blog

Happy Father's Day

Biarpun ada pihak yang mempertikaikan kerelevanan sambutan hari bapa di kalangan umat Islam, bagi saya tak salah kita meraikannya asalkan tidak terpesong aqidah. Sebagai tanda penghargaan buat suami...bapa kepada 5 puteriku, kami merancang surprise party Kek mix fruits + yogurt = fruit salad Aliya dah tak sabar nak beri hadiah    

Baby Booties Code : BB 006

kepingan2 pola in red in white

Pouch PO 004

 two different colours suitable for hari raya with button the diagram