Skip to main content

Doa Yin

Terjumpa catatan Yin berupa sebuah doa dan harapan



     Ya Allah...kasihan Yin yang merasakan dirinya kekurangan. Kadang-kadang sebagai orang tua kita terlepas pandang perasaan anak-anak. Tengok Yin kat rumah biasa-biasa saja dengan 'kelebihan'nya. Yin sangat suka melukis sejak pandai memegang pensel lagi.

     Saya tak pernah menghalang minatnya malah menggalakkannya. Beberapa buah karya Yin pernah tersiar dalam majalah 'Disney Princess' terbitan Chuang Yi Publishing. Antaranya...


     Ini antara karya terbaru Yin yang dihantar ke rancangan 'Kids On 2' yang bersiaran setiap pagi Jumaat di TV2.



     Sambil menggoogle saya terjumpa statistik yang menyatakan hasil dari kajian barat yang telah dilakukan, orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia.
 
     Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata. Ada pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik dan keadaan persekitaran. Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga, ada juga sesetengah keadaan di mana hanya seorang sahaja yang kidal di dalam keluarga tersebut. Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testosteron yang tinggi ketika bayi di dalam kandungan.

     Seorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati bahawa tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi.

     Secara amnya, kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan iaitu lebih menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan. 



     Dalam pengamatan saya...memang betullah...Yin jangan sedih2 tau, tak ada bezanya Yin dengan orang lain ok... :)

Comments

Popular posts from this blog

Happy Father's Day

Biarpun ada pihak yang mempertikaikan kerelevanan sambutan hari bapa di kalangan umat Islam, bagi saya tak salah kita meraikannya asalkan tidak terpesong aqidah. Sebagai tanda penghargaan buat suami...bapa kepada 5 puteriku, kami merancang surprise party Kek mix fruits + yogurt = fruit salad Aliya dah tak sabar nak beri hadiah    

Baby Booties Code : BB 006

kepingan2 pola in red in white

Pouch PO 004

 two different colours suitable for hari raya with button the diagram