Skip to main content

Bubur Lambuk Simple

Disebabkan PKP Ramadhan kali ni susah nak jumpa Bubur Lambuk. Google2 terjumpa resepi simple ni. Resepi ni saya kurangkan separuh dari yang asal (sumber : Mingguan Wanita). Banyak nanti membazir pulak. Jom cuba buat sendiri. Semoga berjaya 😁

1 cawan beras
Daging (kuantiti ikut suka)
1/2 bungkus kecil rempah sup
1 cawan santan
Lada hitam (optional)
1 kiub pati ayam (kalau ada guna pati lembu)
Kentang - dadu
Lobak merah - dadu
1 biji bawang besar - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
Halia - kisar
Daun sup + bawang goreng

- Tumis bahan kisar dan masukkan rempah sup. Dah naik bau campur sahaja daging dan beras masak sampai lembut. Tapi untuk versi ni saya kisar daging rebus. Tak nampak dah la ketul2 daging.
- Masukkan lobak merah dan kentang serta santan. Perasakan garam.
- Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.

Tadaaa... alhamdulillah boleh la berbangga dengan hasil air tangan sendiri 🙈





Comments

Popular posts from this blog

Happy Father's Day

Biarpun ada pihak yang mempertikaikan kerelevanan sambutan hari bapa di kalangan umat Islam, bagi saya tak salah kita meraikannya asalkan tidak terpesong aqidah. Sebagai tanda penghargaan buat suami...bapa kepada 5 puteriku, kami merancang surprise party Kek mix fruits + yogurt = fruit salad Aliya dah tak sabar nak beri hadiah    

Baby Booties Code : BB 006

kepingan2 pola in red in white

Pouch PO 004

 two different colours suitable for hari raya with button the diagram