Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

POTATO FRITTERS

Ada banyak resepi nak buat potato fritters ni. Saya cari yang paling mudah di bestrecipes.com.au oleh Amy Agatha. POTATO FRITTERS 2 potatoes grated peeled 1 onion grated 1 egg 2 tbs plain flour 1 pinch salt & pepper to taste Campurkan je semua bahan di atas dan gaul rata. Ambil sesudu adunan dan letakkan dalam frying pan dengan sedikit butter / minyak. Kejadiannya crispy di luar dan lembut di dalam. Selamat mencuba! 😊

Rendang Udang Ajinomoto

Silent Strike raya haji sedang berlangsung 🤭 Ni cerita lepas raya puasa hari tu tetiba teringin pulak nak cuba peraduan masak2 Ajinomoto. Walaupun saya tak guna dalam masakan tapi dengan modal RM1 saya gagahkan juga 😄 RENDANG UDANG 30 ekor udang putih 1 cawan santan 2 helai daun limau purut 2 helai daun kunyit 1 sudu kecil Ajinomoto 4 sdk garam 25g gula melaka 4 sdb kerisik Bahan kisar : 8 ulas bawang merah 8 ulas bawang putih 10 tangkai cili kering 2 inci halia 2 inci lengkuas 2 batang serai 4 inci kunyit hidup Setengah cawan minyak Cara2 : - Tumis bahan kisar hingga naik bau. - Masukkan santan, daun limau purut dan daun kunyit. Perasakan dengan Ajinomoto, garam dan gula melaka. - Tambah kerisik masak hingga sedikit kering. Masukkan udang hingga masak. - Sedia dihidang. Tak reti sangat bab food styling ni. Rasa ok angle tu main snap je. Pakcik chef junjung Ajinomoto tu beli kat kedai Eco RM2.10 Tapi...tapi... Ada cerita di sebalik ga...

Bucket Bag Jalur Gemilang Kait / Crochet

Kali ini saya dapat order via Shopee Shop dari orang Bintulu, Sarawak...Puan Siti Zakiah 🥰 Puan Siti nak bucket bag kait tema bendera Malaysia untuk anaknya. Untuk tapak beg saya gunakan plastik keras supaya tak melendut bila diisi sesuatu. Badan beg saya gunakan double crochet manakala bulan dan bintang dari kain felt. Agar mencabar nak siapkan beg ni sebenarnya walaupun kecil sebab nak raya haji. Maklumlah kalau nak balik Lipis tu jalannya macam mana 😅 Tapi tak Malaysia la kalau tak jem ha 😂 Dah buang masa kat situ. Kat kampung pulak tak boleh fokus. Balik je rumah memang pulun la siapkan cepat.

4 Bidadara 😉

Allahuakbar! Demi Allah yang menguasai sekalian alam. Semalam saya didatangkan-Nya 4 orang insan berhati mulia yang masih dalam tugas. Lepas hantar anak di stesen KTM Teluk Pulai, kereta saya tak hidup pulak enjinnya. Kereta ni memang dah sedia ada masalah kepala bateri. Dah beberapa kali saya adjust memang tak boleh start. Paniknya dengan 2 orang lagi anak kecil yang ikut. Terfikir nak naik grab...siapa nak urus kereta pulak? Tunggu enjin sejuk sikit kot2 boleh start 😅. Sambil2 tu saya cuba juga pulas kunci. Tak sangka pulak mereka ternampak saya yang cuba2 cool 😄 Ye lah...memang bateri weak. Mereka cuba carikan jumper dari kereta lain sampailah kereta saya hidup semula. Risaunya mereka sampai pesan suruh balik terus walhal saya perlu pos barang customer Shopee. Terima kasih atas bantuan anda berempat. Semoga rahmat Allah sentiasa memayungi anda. Mungkin ada yang anggap remeh tapi tidak bagi saya yang memang blur bab2 kereta 😔