Allahuakbar!
Demi Allah yang menguasai sekalian alam.
Semalam saya didatangkan-Nya 4 orang insan berhati mulia yang masih dalam tugas.
Lepas hantar anak di stesen KTM Teluk Pulai, kereta saya tak hidup pulak enjinnya. Kereta ni memang dah sedia ada masalah kepala bateri. Dah beberapa kali saya adjust memang tak boleh start.
Paniknya dengan 2 orang lagi anak kecil yang ikut. Terfikir nak naik grab...siapa nak urus kereta pulak?
Tunggu enjin sejuk sikit kot2 boleh start 😅. Sambil2 tu saya cuba juga pulas kunci. Tak sangka pulak mereka ternampak saya yang cuba2 cool 😄
Ye lah...memang bateri weak. Mereka cuba carikan jumper dari kereta lain sampailah kereta saya hidup semula. Risaunya mereka sampai pesan suruh balik terus walhal saya perlu pos barang customer Shopee.
Terima kasih atas bantuan anda berempat. Semoga rahmat Allah sentiasa memayungi anda. Mungkin ada yang anggap remeh tapi tidak bagi saya yang memang blur bab2 kereta 😔
Comments
Post a Comment