Silent Strike raya haji sedang berlangsung 🤭
Ni cerita lepas raya puasa hari tu tetiba teringin pulak nak cuba peraduan masak2 Ajinomoto. Walaupun saya tak guna dalam masakan tapi dengan modal RM1 saya gagahkan juga 😄
RENDANG UDANG
30 ekor udang putih
1 cawan santan
2 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit
1 sudu kecil Ajinomoto
4 sdk garam
25g gula melaka
4 sdb kerisik
Bahan kisar :
8 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai
4 inci kunyit hidup
Setengah cawan minyak
Cara2 :
- Tumis bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan santan, daun limau purut dan daun kunyit. Perasakan dengan Ajinomoto, garam dan gula melaka.
- Tambah kerisik masak hingga sedikit kering. Masukkan udang hingga masak.
- Sedia dihidang.
RENDANG UDANG
30 ekor udang putih
1 cawan santan
2 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit
1 sudu kecil Ajinomoto
4 sdk garam
25g gula melaka
4 sdb kerisik
Bahan kisar :
8 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai
4 inci kunyit hidup
Setengah cawan minyak
Cara2 :
- Tumis bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan santan, daun limau purut dan daun kunyit. Perasakan dengan Ajinomoto, garam dan gula melaka.
- Tambah kerisik masak hingga sedikit kering. Masukkan udang hingga masak.
- Sedia dihidang.
Tak reti sangat bab food styling ni. Rasa ok angle tu main snap je. Pakcik chef junjung Ajinomoto tu beli kat kedai Eco RM2.10
Tapi...tapi...
Ada cerita di sebalik gambar.
Tu diaaa...parut jari. Cerdik ngat pegi ikut cakap resepi bulat2. Dia kata 25g gula melaka diparut...Kita pun parut la.. Matilanak... 🤦🏻♀️
Tak sangka tersenarai dalam 200 orang yang dapat saguhati bernilai RM30. Kira macam sukaneka la kot semua dapat hadiah. Lumayan juga.
Comments
Post a Comment