Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Sira Labu

Menu ni first time saya jumpa masa kenduri di rumah arwah mak mertua. Arwah wan duduk tepi dapur jaga periuk 😀 Labu yang dah dikupas kulit dimasak dengan gula melaka, sedikit gula pasir dan daun pandan. Husband balik dari Melaka sesekali PKPB ni so nak jugak impress kan dengan makanan asal kampung dia. Tapi saya cuba cara Datin Suliza Salam dalam satu rancangan memasak di TV. Basuh bersih labu tersebut dan potong bahagian atas. Masa ni la pisau hakak patah uolls 😅 Maklum nak acah2 carving taraf hotel Ok dah tercabut. Bersihkan. Buang serabut dan biji di dalamnya. Masukkan seketul gula melaka. Kalau yang suka lebih manis boleh tambahkan sedikit gula pasir. Kukus sampai empuk. Nah...ni hasil setelah dipotong 😋

Tips Hilangkan Poster Colour Pada Baju Sekolah

  Tengok la dia balik bawak apa? Kelas Pendidikan Seni je mesti ada surprise untuk mak 😆 Hari tu merah...kalini hijau...kat belah belakang baju pulak tu? Duduk atas kaler ke? 🤔 Baby...babyyy 🤦 Google beberapa tips tapi saya cuba cara ni sebab macam simple je. Mula2 rendam dalam air sabun kasi kaler kering tu kembang semula. Pastu tenyeh dengan sabun mandi. Buat beberapa kali sampai warna hijau tu hilang. Step ni kena sabar. Memang kena ulang alik masuk toilet. Basuh macam biasa. Ada warna samar2 tu takpe...jemur bawah panas matahari insyaallah putih semula.

Cucur Udang Cicah Kuah Kacang

Sesekali minum petang dengan cucur udang cicah pulak kuah kacang 😋 Ni resipi kuah kacang saya kutip dari Facebook. Minta halal ya tuan tanah 😊 Untuk CUCUR UDANG pula 👇 2 cawan tepung gandum 2 cawan air (sesuaikan) Setengah sudu besar yis Bawang besar - hiris 1 cawan taugeh 1 ikat kucai 1 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu teh garam 1 setengah cawan udang Saya gaul je semua pastu goreng sebab udang comey sangattt. Lebih detail boleh refer blog lain yang lebih pro ya 😀

Bubur Campur

Entri ni saya tak letak resipi cuma idea je nak makan bubur kosong dengan lauk2 pilihan. Gambar2 ni masa bulan puasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) . Kes dah puas makan nasi 😄

Kuih Lapis

KUIH LAPIS Bahan-bahan : 2 cawan tepung gandum 2 cawan tepung jagung 1 cawan gula pasir 8 cawan santan kurang pekat (2 biji kelapa) Sedikit pewarna kegemaran Garam secukup rasa Cara membuat : 1. Kisar santan, garam, gula, tepung gandum dan tepung jagung sehingga sebati 2. Bahagikan adunan kepada dua atau tiga warna yang disukai 3. Panaskan loyang yang telah dilenser dengan sedikit minyak dalam pengukus. Didihkan air. Tuang adunan pertama dan kukus 2 minit. (Sukat sama banyak untuk lapisan tebal yang sekata) 4. Lapiskan sehingga habis selang seli dengan warna yang berbeza 5. Angkat dan sejukkan seketika sebelum dipotong Sumber : 350 Selera Setiap Hari Terbitan : Alaf 21 @ Grup Buku Karangkraf

Kue Tiau Ladna

Resipi ringkas gila ni saya skodeng Instagram Khairulaming 😋 KUE TIAU LADNA Kue tiau digaul dengan kicap. Goreng sebentar agak2 masak tanpa minyak sebab kue tiau tu dah ada minyak. Dalam periuk letak air Tambahkan 2 ulas bawang putih (tumbuk) Isi ayam Udang / Sotong Fishcake / Fishball Sawi Carrot Kiub ayam Garam Tepung jagung 2 sudu untuk pekatkan kuah Telur optional

Pelitup Muka Kait @ Crochet Facemask

Actually pelitup muka ni ada kawan tempah. Saya simpan diagram bertulisnya di sini suka2 sebagai rujukan. Sumber dari YouTube tapi lupa la nak bagi credit siapa punya 😅 Pemakaian pelitup muka kait tak digalakkan dalam masa pandemik covid 19 ni sebab tak memenuhi standard WHO. Untuk fesyen je boleh ya 😷 33 chains 5 sc 8 hdc 6 dc 8 hdc 5 sc Repeat 14 rows Ni saya tambah sendiri sebab kecik je dalam tutorial tu bila test kat muka 🤔 Tepi kiri & kanan sc 4 rows Earloop sc - panjang ikut kesesuaian pemakai

Bubur Lambuk Simple

Disebabkan PKP Ramadhan kali ni susah nak jumpa Bubur Lambuk. Google2 terjumpa resepi simple ni. Resepi ni saya kurangkan separuh dari yang asal (sumber : Mingguan Wanita). Banyak nanti membazir pulak. Jom cuba buat sendiri. Semoga berjaya 😁 1 cawan beras Daging (kuantiti ikut suka) 1/2 bungkus kecil rempah sup 1 cawan santan Lada hitam (optional) 1 kiub pati ayam (kalau ada guna pati lembu) Kentang - dadu Lobak merah - dadu 1 biji bawang besar - kisar 4 ulas bawang putih - kisar Halia - kisar Daun sup + bawang goreng - Tumis bahan kisar dan masukkan rempah sup. Dah naik bau campur sahaja daging dan beras masak sampai lembut. Tapi untuk versi ni saya kisar daging rebus. Tak nampak dah la ketul2 daging. - Masukkan lobak merah dan kentang serta santan. Perasakan garam. - Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng. Tadaaa... alhamdulillah boleh la berbangga dengan hasil air tangan sendiri 🙈

Nasi Jagung

Kali pertama merasa Nasi Jagung di rumah Farah, jiran di taman saya. Sedap 😋 Waktu tu memang kejiranan kami pakat buat open house hari raya di rumah masing2. Tiba2  teringin pulak nak cuba tapi guna beras cap Sekinchan je. Resepi ni saya dapatkan dari Mingguan Wanita. Tak lengkap sebab malas nak keluar waktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni. Kalau nak perfect semua mau tak masak kita 😄 Bahan-bahan : 3 cawan beras 1 cawan isi jagung (sweet corn) 1 cawan susu cair Garam Air secukupnya Bahan tumis : 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih) 3 ulas bawang merah - hiris / kisar 2 ulas bawang putih  2 cm halia  2 helai daun pandan Cara-caranya : - Basuh beras dan toskan. - Tumis 4 sekawan dan bahan hiris hingga wangi - Masukkan susu cair, sukat air secukupnya dan garam. Masukkan sekali jagung dan beras. - Pindahkan dalam rice cooker dan masak seperti biasa. Kacau sesekali - Boleh taburkan daun sup dan b...

Aiskrim Malaysia Viral

Haritu scroll punya scroll fb terjumpa pulak cara buat aiskrim malaysia di page Mingguan Wanita. Katanya viral 🤔 lembut tak keras kebatun macam saya selalu buat huhu... Try punya try...hadoiii...betul la korang 😬 Terus jatuh 💕 Terima kasih tuan punya resepi. Dia biz aiskrim ni tapi tak kedekut resepi. Allahu...baiknya. Semoga puan empunya resepi dilimpahkan rezeki yang banyak lagi berkat. AISKRIM MALAYSIA VIRAL 1 tin susu pekat 1 tin susu cair 4 1/2 tin air 1 sudu teh esen vanila Garam secubit (untuk rasa lemak2) 2 1/2 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan sedikit air) Plastik aiskrim Didihkan semua bahan. Campurkan tepung jagung dan kacau rata. Letakkan perisa yang digemari. Dah suam isi dalam plastik aiskrim. Sejukbekukan semalaman.

PULUT KUNING & RENDANG

PKP 18 April 2020 Pagi ini kami sarapan Pulut Kuning. Macam rajin sikit saya masak rendang ayam. Buat lebih sekaligus untuk lauk nasi hari ini sebab malas nak berpeluh kat dapur banyak kali 😄 Ini resepi asal dari buku '350 Selera Setiap Hari' terbitan Alaf 21 @ Grup Buku Karangkraf. Ni hasil kerja saya 😀 Boleh la untuk family makan asalkan tak sakit perut. Resepi guna daging tapi saya merendang ayam...pun boleh apa yang ada. Kurangkan pergerakan keluar rumah...stay @ home demi Malaysia tercinta 💕 PULUT KUNING & RENDANG Bahan pulut : 500g beras pulut 300ml santan (1 biji kelapa) 2 keping asam gelugur 1 sudu teh serbuk kunyit Garam secukup rasa Rendam beras pulut semalaman bersama asam gelugur dan serbuk kunyit. Tuskan beras pulut dan kukus. Setelah itu tuangkan santan yang disebatikan bersama garam pada pulut tadi dan kukus sekali lagi sehingga masak. Sedia untuk dihidangkan. Bahan rendang : 500g daging - dipotong kecil 700 ml santan pekat (2 ...

Bekas @ Sarung Telur Kait

Cuti akhir tahun 2019 saya banyak dihabiskan dengan menyiapkan tempahan customer dari Kuala Lipis ini. 1000 unit dalam masa 2 bulan bukan mudah untuk disiapkan. Satu pengajaran dan juga pengalaman buat saya untuk menerima tempahan mengikut kemampuan 😅 Sebanyak 58 buku benang Nona hijau code 96 dan 98 buku benang Nona kuning code 70 diperlukan untuk tempahan ini. Bagi anda yang inginkan doorgift seperti ini WhatsApp saya di 013-7026451 atau boleh ke Instagram @mysweetarcade untuk melihat hasil tangan saya yang lain ☺️