Gambar2 sekitar majlis perkahwinan adik lelaki saya yang ke-9, Abdul Samad bin Mohamed.
Kami dah takde ayah. Mak pun dah tak larat nak uruskan balas menantu.
Adik dapat orang Chekok, Nor Akmayate bte Mohd.Nori...
Kebetulan kami bermukim di Kota Bharu, jadi tugas suami dan saya membantu mak menguruskan walimatul-urus adik di rumah kami.
|
Peace...
Majlis akad nikah di Masjid Mukim Panji
Sah dengan 2 kali lafaz |
|
23 Nov 2013 |
|
Majlis di rumah pengantin perempuan |
|
Mak dengan besan baru |
|
My family dengan pengantin |
|
24 Nov 2013
Majlis di rumah kami di Taman Muttaqin.
Pengantin disambut dengan bunga manggar dan paluan kompang.
Meriah gitu walaupun kompang guna radio jek. |
|
Khemah tempat menjamu selera |
|
Goodies untuk tetamu.
Haa...tang ni letih skt sebab saya buat sendiri 250 biji semuanya sehari sebelum majlis.
Nak buat awal tak ada peti sejuk beku.
Bahagian ganaching, tabur coklat urai & isi bekas semuanya dilakukan oleh anak2 saya dan anak2 kakak saya.
Tak mengeluh langsung walaupun dah pukul 2 pagi.
Oven saya kecil, boleh bakar 6 biji cupcake sahaja pada satu2 masa.
Bayangkanlah berapa kali saya berulang-alik ke dapur...hu3.
Rasa dah sampai Johor berjalan tapi timbang2 turun sekilo jek...ha3 |
|
Acara potong kek |
|
Berposing di pelamin hasil ilham Along. |
Comments
Post a Comment