Sebenarnya kami dah berkali-kali ke Cameron Highlands ni.
Bukan saya nak eksyen tapi inilah tempat percutian paling dekat dengan rumah mertua di Kuala Lipis.
Kira-kira dalam 2 jam perjalanan sahaja untuk naik ke puncak.
Tapi anak-anak saya tak kisah. Ajaklah berapa kali pun diorang tetap 'yeay yeay' jugak.
Maklum la tempat sejuk lagi nyaman dan selesa.
Pulang ke kampung sebentar melawat mak & ayah sambil suami meninjau keadaan kebun sawitnya, Ahad 8 Dec kami ke sana lagi membawa bersama mertua dan ayu sekeluarga.
Kami tidur semalaman di homestay berdekatan Twin Pines.
Buah hati saya :) Taman Agro Teknologi MARDI |
Playground yang comel |
Tunaikan kewajipan dulu di surau Posing kononnya dalam penjara...ntah apa2 ntah budak 2 org ni |
Labu air |
19'c Tak sejuk sangat tapi sesekali angin bertiup...uuu |
Budak sorang ni...'handphoneku hidupku' Boleh gitu? |
Nak balik dah... Posing dulu |
Mak & ayah mertuaku, Puan Hajah Halimah dan Tuan Haji Othman Rugged tak mak? Actually, mak baru operate katarak beberapa minggu lepas Tak tahan silau. Semoga mak dan ayah diberkati Allah selalu...amin. |
Comments
Post a Comment