Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Hilangkan Dakwat Pada Baju

Kalau baju kesayangan anda terkena dakwat, saya ada petua lama bagaimana nak menghilangkannya. Buang je dlm tong sampah. Cing!!! Hilang kan? Ahahaha...jangan marah. Ni baju PJ anak ke 2 saya, Pina. Dia bersekolah di Sek. Men. Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu @ popular dgn nama SS shj. Actually ini eksperimen kedua saya selepas kemeja suami suatu ketika dahulu. Sediakan garam dan potongan limau nipis. Limau purut pun boleh kot. Apalagi...tabur garam pastu tenyehlah limau dengan sepenuh perasaan. Biarkan semalaman dan basuh seperti biasa. Tapi jangan mudah putus asa sebab kena buat berulang kali juga la baru betul2 hilang. Hmmm...

Kek Pisang

          Entri hari ini saya nak kongsikan resepi kek pisang yang mudah lagi sedap. Kebiasaannya saya akan gabungkan daripada beberapa resepi yang saya google. Saya akan cari yang paling mudah sehingga puas hati sampai kelabu biji mata. KEK PISANG 2 cwn tepung naik sendiri 1 cwn gula 6 biji pisang 1/2 cwn minyak masak 2 biji telur Esen vanila Macam biasa saya sebatikan bahan2 kering dan gaulkan dengan bahan2 basah. Lengser loyang dengan minyak & tuang batter. Bakar pada suhu 150'C selama 40 minit atau sehingga masak. Batter yang dah siap saya taburkan dengan coklat urai. Untuk lebih kreatif boleh taburkan coklat cip atau hirisan pisang. Oven kecil untuk saya menjana pendapatan :) Tunggu 40 minit. Tinggg!!! Dah siap. Sejukkan dulu. Jemput makan semua! Kalau nak letak coklat urai dalam adunan pastikan coklat urai digaulkan dengan bahan2 kering. Tujuannya supaya coklat urai tidak mendap ...

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese

Jom try kek ni pulak. Hasil google dari beberapa blog, namanya Kek Coklat Kukus Lapis Cheese. Inilah rupanya yang sebenar. Sorry tuan tanah, saya pinjam gambar.    Resepinya : 2 biji telur gred A  1 cmt esen vanila 1/2 cwn air panas 1/2 cwn susu cair / susu segar 1/2 cwn minyak jagung 1 cwn gula castor Sedikit garam 1 cawan tepung naik sendiri 3 cmb serbuk koko Cara buat kek ni macam kek2 biasa. Kalau cara saya campurkan dulu bahan2 kering. Lps tu campurkan bahan2 basah. Apa cara anda sekalipun, bahan2 tu mestilah digaul sebati. Bahan2 lapis cheese : 250g cream cheese 60g @ 1/2 cwn gula halus 1 biji telur gred A 1 cmb air 1 cmb tepung gandum Putar cream cheese dan gula hingga sebati. Tambah telur, tepung dan air. Kacau sehingga tak berbintil2. Gunakan kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan saiz tin 8 x 8 x 3 inci yang dilengser marjerin. Guna minyak pun boleh. Balut penutup kukusan dengan kain ber...

Kakak's 16th Birthday

          Wahhh...'rajin'nya saya. Ini entri pertama untuk tahun 2014. Ish3...Kasi semangat...saya mulakan dengan family story dulu.           6hb Mac hari tu kakak mendaftar di Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu a.k.a SESTER...2nd intake. Alhamdulillah, tercapai jgk hasrat dia nak duduk asrama sekolah berasrama penuh.           SESTER ni bekas IPG. Satu bilik berempat. Mgkn setelah siap renovation di bangunan sebelah, satu bilik berdua sahaja. Selesanya dah macam duduk U. Dikelaskan sebagai sekolah berasrama penuh terkecil di Malaysia. Penghuninya terdiri daripada pelajar2 tingkatan 4 & 5 sahaja. Dengan sistem keluarga angkat, kakak ahli rumah Sigma.           Tapi kejutan budaya asrama agak melelahkan kami sebagai ibubapa. Kakak sekejap ok, sekejap nak keluar dari situ. Hai la kakak...terpaksa la mak kering hati mendengar segala aduannya demi masa depanmu. Study smart my d...