KEK PISANG
2 cwn tepung naik sendiri
1 cwn gula
6 biji pisang
1/2 cwn minyak masak
2 biji telur
Esen vanila
Macam biasa saya sebatikan bahan2 kering dan gaulkan dengan bahan2 basah. Lengser loyang dengan minyak & tuang batter. Bakar pada suhu 150'C selama 40 minit atau sehingga masak.
Batter yang dah siap saya taburkan dengan coklat urai. Untuk lebih kreatif boleh taburkan coklat cip atau hirisan pisang. |
Oven kecil untuk saya menjana pendapatan :) Tunggu 40 minit. |
Tinggg!!! Dah siap. Sejukkan dulu. |
Jemput makan semua! Kalau nak letak coklat urai dalam adunan pastikan coklat urai digaulkan dengan bahan2 kering. Tujuannya supaya coklat urai tidak mendap di bahagian bawah. Selamat mencuba!!! |
Comments
Post a Comment