Skip to main content

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese

Jom try kek ni pulak. Hasil google dari beberapa blog, namanya Kek Coklat Kukus Lapis Cheese. Inilah rupanya yang sebenar. Sorry tuan tanah, saya pinjam gambar.

  

Resepinya :
2 biji telur gred A 
1 cmt esen vanila
1/2 cwn air panas
1/2 cwn susu cair / susu segar
1/2 cwn minyak jagung

1 cwn gula castor
Sedikit garam
1 cawan tepung naik sendiri
3 cmb serbuk koko

Cara buat kek ni macam kek2 biasa. Kalau cara saya campurkan dulu bahan2 kering. Lps tu campurkan bahan2 basah. Apa cara anda sekalipun, bahan2 tu mestilah digaul sebati.

Bahan2 lapis cheese :
250g cream cheese
60g @ 1/2 cwn gula halus
1 biji telur gred A
1 cmb air
1 cmb tepung gandum

Putar cream cheese dan gula hingga sebati. Tambah telur, tepung dan air. Kacau sehingga tak berbintil2.

Gunakan kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan saiz tin 8 x 8 x 3 inci yang dilengser marjerin. Guna minyak pun boleh. Balut penutup kukusan dengan kain bersih untuk mengelakkan air menitik atas kek. Bahagi 2 adunan kek coklat. Tuang satu bahagian kek dan kukus 15 minit. Tuangkan adunan cream cheese pula dan kukus 15 minit lagi. Akhir sekali, tuang baki adunan kek coklat dan kukus lagi 20 minit atau sehingga masak.
Setelah sejuk hiaskan dengan coklat ganache jika lapisan coklat di atas. Jika lapisan cheese di atas, deco simple pun memadai. Taburkan serbuk koko. Gunakan penapis agar hasilnya serata.

Kek versi saya 2 lapis sahaja.

Food testers kat rumah saya (mr.hubby & anak2) dah bagi komen, rasanya sgt sedap especially selepas disejukkan. So, apalagi...saya pun start komersialkan di tempat2 agen. Memang sambutan sangat menggalakkan tapi tak boleh letak banyak2. Sebab kalau tak habis dan agen tak letak dalam peti sejuk, kek ni akan cepat berkulat tak macam kek2 yang dibakar. Hmmm...rugi la kan?!

Versi kecik yang saya agihkan kepada agen2 :)




Comments

Popular posts from this blog

Tips Hilangkan Poster Colour Pada Baju Sekolah

  Tengok la dia balik bawak apa? Kelas Pendidikan Seni je mesti ada surprise untuk mak 😆 Hari tu merah...kalini hijau...kat belah belakang baju pulak tu? Duduk atas kaler ke? 🤔 Baby...babyyy 🤦 Google beberapa tips tapi saya cuba cara ni sebab macam simple je. Mula2 rendam dalam air sabun kasi kaler kering tu kembang semula. Pastu tenyeh dengan sabun mandi. Buat beberapa kali sampai warna hijau tu hilang. Step ni kena sabar. Memang kena ulang alik masuk toilet. Basuh macam biasa. Ada warna samar2 tu takpe...jemur bawah panas matahari insyaallah putih semula.

Bucket Bag Jalur Gemilang Kait / Crochet

Kali ini saya dapat order via Shopee Shop dari orang Bintulu, Sarawak...Puan Siti Zakiah 🥰 Puan Siti nak bucket bag kait tema bendera Malaysia untuk anaknya. Untuk tapak beg saya gunakan plastik keras supaya tak melendut bila diisi sesuatu. Badan beg saya gunakan double crochet manakala bulan dan bintang dari kain felt. Agar mencabar nak siapkan beg ni sebenarnya walaupun kecil sebab nak raya haji. Maklumlah kalau nak balik Lipis tu jalannya macam mana 😅 Tapi tak Malaysia la kalau tak jem ha 😂 Dah buang masa kat situ. Kat kampung pulak tak boleh fokus. Balik je rumah memang pulun la siapkan cepat.

Selamat Hari Raya

16 Syawal 1432 H - Hope its not too late to wish Happy Eid to moslems all over the world. Thanks for being my followers & my supporters. Maaf zahir batin from me & family - Rozkhaidi Othman (husband) - Salwah Mohamed (me) - Nurul Afifah - Nurul Afrina - Nurul Azreen - Nurul Aliya - Nurul Adila