Skip to main content

Kakak's 16th Birthday

          Wahhh...'rajin'nya saya. Ini entri pertama untuk tahun 2014. Ish3...Kasi semangat...saya mulakan dengan family story dulu.
          6hb Mac hari tu kakak mendaftar di Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu a.k.a SESTER...2nd intake. Alhamdulillah, tercapai jgk hasrat dia nak duduk asrama sekolah berasrama penuh.
          SESTER ni bekas IPG. Satu bilik berempat. Mgkn setelah siap renovation di bangunan sebelah, satu bilik berdua sahaja. Selesanya dah macam duduk U. Dikelaskan sebagai sekolah berasrama penuh terkecil di Malaysia. Penghuninya terdiri daripada pelajar2 tingkatan 4 & 5 sahaja. Dengan sistem keluarga angkat, kakak ahli rumah Sigma.
          Tapi kejutan budaya asrama agak melelahkan kami sebagai ibubapa. Kakak sekejap ok, sekejap nak keluar dari situ. Hai la kakak...terpaksa la mak kering hati mendengar segala aduannya demi masa depanmu. Study smart my dear. Mak doakan kakak dapat menyesuaikan diri secepat mungkin. Amin...

Kakak turns 16 on 29th March 2014.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Hilangkan Poster Colour Pada Baju Sekolah

  Tengok la dia balik bawak apa? Kelas Pendidikan Seni je mesti ada surprise untuk mak 😆 Hari tu merah...kalini hijau...kat belah belakang baju pulak tu? Duduk atas kaler ke? 🤔 Baby...babyyy 🤦 Google beberapa tips tapi saya cuba cara ni sebab macam simple je. Mula2 rendam dalam air sabun kasi kaler kering tu kembang semula. Pastu tenyeh dengan sabun mandi. Buat beberapa kali sampai warna hijau tu hilang. Step ni kena sabar. Memang kena ulang alik masuk toilet. Basuh macam biasa. Ada warna samar2 tu takpe...jemur bawah panas matahari insyaallah putih semula.

Bucket Bag Jalur Gemilang Kait / Crochet

Kali ini saya dapat order via Shopee Shop dari orang Bintulu, Sarawak...Puan Siti Zakiah 🥰 Puan Siti nak bucket bag kait tema bendera Malaysia untuk anaknya. Untuk tapak beg saya gunakan plastik keras supaya tak melendut bila diisi sesuatu. Badan beg saya gunakan double crochet manakala bulan dan bintang dari kain felt. Agar mencabar nak siapkan beg ni sebenarnya walaupun kecil sebab nak raya haji. Maklumlah kalau nak balik Lipis tu jalannya macam mana 😅 Tapi tak Malaysia la kalau tak jem ha 😂 Dah buang masa kat situ. Kat kampung pulak tak boleh fokus. Balik je rumah memang pulun la siapkan cepat.

Selamat Hari Raya

16 Syawal 1432 H - Hope its not too late to wish Happy Eid to moslems all over the world. Thanks for being my followers & my supporters. Maaf zahir batin from me & family - Rozkhaidi Othman (husband) - Salwah Mohamed (me) - Nurul Afifah - Nurul Afrina - Nurul Azreen - Nurul Aliya - Nurul Adila