Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Trip to Cameron Highlands

Sebenarnya kami dah berkali-kali ke Cameron Highlands ni. Bukan saya nak eksyen tapi inilah tempat percutian paling dekat dengan rumah mertua di Kuala Lipis. Kira-kira dalam 2 jam perjalanan sahaja untuk naik ke puncak. Tapi anak-anak saya tak kisah. Ajaklah berapa kali pun diorang tetap 'yeay yeay' jugak. Maklum la tempat sejuk lagi nyaman dan selesa. Pulang ke kampung sebentar melawat mak & ayah sambil suami meninjau keadaan kebun sawitnya, Ahad 8 Dec kami ke sana lagi membawa bersama mertua dan ayu sekeluarga. Kami tidur semalaman di homestay berdekatan Twin Pines. Buah hati saya :) Taman Agro Teknologi MARDI Playground yang comel Tunaikan kewajipan dulu di surau Posing kononnya dalam penjara...ntah apa2 ntah budak 2 org ni Labu air 19'c Tak sejuk sangat tapi sesekali angin bertiup...uuu Budak sorang ni...'handphoneku hidupku' Boleh gitu? Nak balik dah... Posing dulu Mak & ayah mertuaku, Puan Haja...

Majlis Mini Graduasi Tabika KEMAS Parlimen Kota Bharu 2013

26 Okt 2013 Dewan Putera, Kompleks Sekolah-sekolah Kota Bharu Aliya & kawan2 di atas pentas untuk gerakrama. Aliya si matahari Dia sorang pakai bunga? Ooo...penerima anugerah kanak2 cemerlang rupanya :) Ketawa riang Bersama cikgu (Puan Sarina Mat Lazim) dan kawan-kawan Posing sikit... Sabar la sikit kak cik...asyik nak main je Tahniah kak cik...muahhh

Samad & Akma

Gambar2 sekitar majlis perkahwinan adik lelaki saya yang ke-9, Abdul Samad bin Mohamed. Kami dah takde ayah. Mak pun dah tak larat nak uruskan balas menantu. Adik dapat orang Chekok, Nor Akmayate bte Mohd.Nori... Kebetulan kami bermukim di Kota Bharu, jadi tugas suami dan saya membantu mak menguruskan walimatul-urus adik di rumah kami. Peace... Majlis akad nikah di Masjid Mukim Panji Sah dengan 2 kali lafaz 23 Nov 2013 Majlis di rumah pengantin perempuan Mak dengan besan baru My family dengan pengantin 24 Nov 2013 Majlis di rumah kami di Taman Muttaqin. Pengantin disambut dengan bunga manggar dan paluan kompang. Meriah gitu walaupun kompang guna radio jek. Khemah tempat menjamu selera Goodies untuk tetamu. Haa...tang ni letih skt sebab saya buat sendiri 250 biji semuanya sehari sebelum majlis. Nak buat awal tak ada peti sejuk beku. Bahagian ganaching, tabur coklat urai & isi bekas semuanya dilakukan oleh anak2 saya dan a...

Makaroni Keju Bakar

          Resepi ni dah lama cuma saya je yang tak pernah buat. Mula2 anak sulung, si Kakak yang nak belajar masak. Siap google resepi lagi. Bosan la tu lama menunggu result PMR. Bila dah dibawa shopping barang2 dapur mulalah kata " barang2 dia mahal la...kesian mak ". Ye ke kesian kat mak? Bukan 'malas' ek?           Hari lain pulak saya yang menggoogle resepi ni dari blog azlita masam manis yang memang popular tu. Saya kongsikan pula di sini untuk rujukan saya semula nanti. 200g makaroni rebus dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak. Saya gunakan beberapa jenis makaroni sebab nak habiskan stok. Tambahkan cendawan dan hirisan cili benggala atau cili merah. 250g daging cincang ditumis dengan 1 labu bawang besar dan 2 sudu besar rempah kari. Campur sedikit daun kucai. Perasakan dengan garam. Untuk kastardnya : 5 biji telur gred A 200 ml susu cair 2 camca teh tepung gandum 1 camca teh gula 1 camca teh garam Gunak...

Hari Potensi Tabika KEMAS Kelantan

          5hb Oktober berlangsunglah Hari Potensi yang merupakan sebuah pertandingan berbagai-bagai acara untuk kanak2 yang bersekolah di bawah bimbingan Tabika Kemas. Tiap tahun kalau suami bertugas saya malas nak ikut. Tapi berlainan kali ini sebab Aliya salah seorang peserta gerakrama mewakili tabika Kemas parlimen Kota Bharu.           Walaupun kumpulan Aliya tak menang, saya tetap berbangga dengan pencapaian Aliya. Dia dapat membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan khalayak sedangkan dulu dia seorang kanak-kanak yang tidak percaya diri bila berhadapan dengan orang yang jarang ditemui atau baru dikenali. Sessi latihan di Tabika Kemas Desa Rahmat. Hampir 2 bulan jugalah balik pukul 2.30pm. Rehearsal. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Lubok Jong, Jalan Rantau Panjang. Haa...dah tiba hari pertandingan. Aliya sedang dipersiapkan oleh cikgu. Ambik kesempatan bergambar dulu dengan Aliya. Baru siap ni comel ...

Calon PMR terakhir abad ini.

4 hari lagi menjelang PMR. Mak pulak yang tak tentu arah. Kakak berlebih-lebihlah lagi. Kelam kabut je macam dah tak tau nak baca apa. Kakak & her bf, Eliesya Apa-apapun, doa mak tulus dari hati buat kakak...Semoga kakak dikurniakan Allah kejayaan yang cemerlang, diberkati segala usaha dan ditenangkan hati. Hanya Allah tempat kita meminta.  Good luck especially PMR candidates @ SMK Dato' Ahmad Maher Trial Hope u can do better than this

Keychain - Mini Booties Code : KC 006

Coaster Code : CO 002

Coaster Code : CO 001

CO 001

Almond Dice in Colatta Milk Chocolate

Beryl's Dark Chocolate

Red Velvet Moist Cupcake

Dari beberapa blog yang saya skodeng dan beberapa kali percubaan, saya simpulkan resipi sendiri yang kini saya gunakan untuk perniagaan cupcake saya. Kira masterpiece la jgk. Nak try...cubalah... :) RED VELVET MOIST 2 cawan tepung naik sendiri 2 cawan gula 1 sudu kecil garam 2 sudu besar serbuk Van Houten Campurkan semuanya dan kacau hingga rata. Bahan-bahan kering seelok-eloknya diayak terlebih dahulu. 1 cawan minyak 2 biji telur gred A (pukul sedikit) 1 sudu besar esen vanila 2 sudu besar pewarna merah 1 sudu kecil cuka 1 cawan buttermilk - (disediakan lebih awal dengan mencampurkan 1 sudu besar cuka dengan susu cair dan dibiarkan selama 10 min). Boleh agak2 sebab sama je masanya dengan kita pre-heat oven. Setengah cawan air panas + 1 sudu kecil Nescafe Saya suka cara yang senang2 je sbb si bongsu tu tak suka kalau saya banyak kerja...pegi kerja lagi tak kasi...haishhh. Mula2 campurkan bahan2 kering dalam satu bekas. Aduk rata. Dalam bekas yang lain, campur...

Chocolate Moist Cupcake